Saturday, 10 January 2009

"Taik idong pon sodap!"

Salam..
Mungkin agak kelewatan entry kali ini untuk aku sematkan sebagai entry tahun baru..
Kbizian yang melanda tatkala permulaan semester mbuatkan semuanya agak terbatas..termasuklah kadar sosial aku ngan rumate tersayang..
Begitu juga dengan teman2 terlampau yang lain..
Sejauh manekah kebizian seseorang yang bergelar pelajar itu??
Bagi aku ianya sgt bz..setiap ari ade sahaje mende di luar jangkaan dan baru akan aku semuka.. begitu jugalah kewangan.. bajet tahunan aku x pernah cukup walaupun anggaran bajet telah aku rekodkan.. walaupun aku tidak mahu mmbeli kasut lagi pada 3 bulan pertama smester, akhirnye aku pasti tumpas di tgn salesgirl part time di vincci itu..dem! faktanye aku terlalu mentah serta naif dengan kemewahan duniawi yang semntara ni.. perkara ini telah aku sedar sejak di tadika lagi..tatkala mak mberikan 50sen untuk beli 2 biji donut bergula untuk di jadikan sarapan dalam perjalanan ke sekolah..tp yang aku beli hanyelah asam bulat2 tu(yang dlm botol pastu ade gambo apek cine kat dpn tu)..bila datang kat mak balik..mak dengan suare penuh keibuan mbuka mulut ”taik idung cine ni pon nak beli!”.. owh..mak~agak kemelalutan sebentar..bukan hal di atas sebenarnye niat aku untuk mmbuka entry ini..
Aku melewati beberapa blog yang menjadi kegemaran aku sejak azali kewujudan ”manusiaxmampuuntkxdejiwa”..
Aku agak tertarik dengan entry hangat dengan komen2 dr pengunjung2 lain yang tidak putus2 seperti selsema yang x henti2 kuar dari idung aku skang..
Isi blog seseorng yang lain itu dipertikaikan..
Blog di jadikan diary adelah sesuatu yang agak tidak mmberi manfaat pada pengunjung2 mereka..
Adekah kewujudan blog adelah untuk memuaskan pihak lain? Atau adekah blog unuk kita buahkan akal sendiri? Hanye fakta shj yang patut ade dalam blog tersebut?
Mungkin pengkritik blog itu tidak sedar.. manusia makhluk yang penuh variasi.. jika semua blog mahu mnceritakan tentang gadget,politik, ekonomi, sertal hal2 yang acap kali termaktub di dalam Buletin TV3, bagaimana pula dengan perihal yang plg asas? Perkara asas yang mewujudkan semua perkara itu? EMOSI dan PERASAAN?
Mereka yn mnjdikan blog mereka diary juga byk mmberi informsi kpd pengunjung mereka.. mungkin berkongsi cara mereka mnangani hari2 tensi yang mereka lalui.. atau mungkin blog mereka dijadikan medium untuk pengunjung mereka mmbace hari2 serta nukilan dan mmbua mereka tersenyum..blog ini boleh kita dijadikan medium lain untuk ”mencuci otak”.. sesuatu informasi itu bleh kite wujudkan dalam pelbagai VERSI..
Jika penggembleng itu bijak mngembleng informasi tersebut..dari masalah cinta dapat di jdkan idea baru untuk perniagaan cari jodoh mungkin atau mndekatkan kita dengan Allah s.w.t bagi ngelakkan perkara yang sama berlaku pd kita..

”Information substance comes in many familiar varieties such as wisdom, knowledge, data, data, news and intelligence.”
– aku amik dari slides note Information Resources Managemant

Teruskan dengan nukilan anda selagi perkara itu x salah.. saya yang seorang yang universal..saya gemar melewati blog yang pelbagai..
Gadget,cinta,hal perempuan, musik, dunia, politik dan bla bla..(tgk..terlalu byk aspek sehingga x tersenarai disini..)
Saya sgt percaya itu sume adelah “PENGETAHUAN”

Labels:

7 Comments:

Blogger cindir-rela said...

saya suke pendapat kamu...makin hari makin menarik pengisian blog walaupun tiada isu politik..yang penting penyampaian dan corak penulisan kan? heheh..selamat ber'blog'...nanti saya jadi follower k..heheh

10 January 2009 at 05:33  
Blogger mr. hafis said...

nice entry. keep it up.

10 January 2009 at 07:11  
Blogger FlipFlop said...

terima kasih sifu berdua..

11 January 2009 at 06:11  
Blogger Sinido Ejat said...

”Information substance comes in many familiar varieties such as wisdom, knowledge, data, data, news and intelligence.” bill gates selalu cakap benda nieh...javascript:void(0)

12 January 2009 at 15:40  
Blogger FlipFlop said...

adekah anda sekelas ngan saya mungkin?
hee~

12 January 2009 at 19:02  
Blogger alkapon said...

aku faham maksud kau. xsalah tulis diari klu diari tu blh bg manfaat kat org yg baca.

klu btl caranya sampah pun blh berguna utk dibuat baja kan?

12 January 2009 at 22:44  
Blogger FlipFlop said...

10 markah untuk anda~

13 January 2009 at 19:33  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home